Monday, November 25, 2013

Gunung Danxia, Gunung Berwarna Pelangi (13 Foto)

Kawasan Perlindungan Alam Gunung Danxia iaitu Taman Batu Merah Negara China, terletak di Kaunti Renhua Bandar Shaoguan, Provinsi Guangdong. Luasnya kawasan ini ialah 290 kilometer persegi dan ia merupakan kawasan pemandangan yang paling luas di Provinsi Guangdong. Pada tahun 1988, Gunung Danxia menjadi Kawasan Pemandangan Peringkat Negara, Kawasan Perlindungan Alam Geologi dan Bentuk Bumi Peringkat Negara dan Kawasan Pelancongan Peringkat AAAA Negara serta Taman Geologi Peringkat Negara dan Dunia. Gunung ini mempunyai sejarah yang lama dan aamt kaya dengan cirri-ciri budaya.

Bentuk bumi Gunung Danxia yang amat istimewa digelar "Bentuk Bumi Danxia". Gunung itu terdiri daripada 680 buah batu konglomerat merah, antaranya terdapat cenuram merah yang aamt istimewa. Menurut hasil penyelidikan ahli sains dan geologi, Gunung Danxia merupakan satu contoh kawasan "Bentuk Bumi Danxia" yang keindahan pemandangannya paling tipikal dan mengagumkan daripada 1200 buah kawasan "Bentuk Bumi Danxia" di dunia.

Keindahan pemandangan alam semula jadi gunung ini menarik ramai pelancong dari dalam dan luar untuk dating negara setiap tahun. Di Kawasan Perlindungan Gunung Danxia ini, pelancong dapat melihat bukit-bukau yang beraneka bentuk. Iklim di sini juga amat nyaman dan lembap, Oleh sebab itu, kawasan perlindungan ini juga menjadi habitat yang sesuai bagi pelbagai jenis haiwau dan tumbuh-tumbuhan yang berharga.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...